Webinar Cybersecurity: Risiko Siber Dalam Dunia AI
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025, seramai dua orang peserta dari NADI Sungai Bandung menyertai webinar mengenai risiko siber dalam dunia AI yang dijalankan melalui platform Zoom. Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta tentang potensi ancaman keselamatan siber yang timbul daripada penggunaan teknologi AI.
Peserta didedahkan dengan pelbagai jenis risiko, termasuk serangan siber, penyalahgunaan data, dan manipulasi maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, mereka juga diberikan tips dan langkah-langkah untuk melindungi diri dan organisasi daripada ancaman siber ketika menggunakan teknologi AI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: